SitiNadzirahAli | Dreamer
Ratu

Azie
Blog ini dan gambar diatas sejak 2007 dan terlalu busy utk update

20 November 2011 :)

IMMA BULLETPROOF NOTHING TO LOSE


Travel this

ShortDiary Ratu


Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APK
Best view in Google Chrome only.
Dari teman kepada teman
22 April 2014 | 10:11 PM | 0 comment-ss
Assalamualaikum..

Buat si peneman,
Aku hantarkan salam rindu salam terima kasih
Aku jahitkan seperca kain pada bajumu
Aku gubahkan sejambak bunga buat hiasan hati

Aku kira itu mencukupi
Untuk mengganti hari-hari kau tanpa aku lagi
Agar kau terus ingat salam aku, simpan kain aku, jaga bunga aku
Sampai nanti tiba masanya itu sahaja kenangan kita

Biar adakalanya matahari tak menjenguk kau
Biar adakalanya bulan tak lagi mengerling kau
Macam aku juga, tak selalu ada untuk kau
Tapi kau tahu kan, aku masih wujud dalam ingatan kita

Buat si peneman,
Aku juga hantarkan sepucuk hantaran maaf
Jika disepanjang perkenalan kita aku cukup mengguris
Cukup menghiburkan, sekali lagi..salam sayang dari aku
Seorang teman kepada teman