Ratu ![]() Travel this Credits Section
Skin By LetthaKyra
Background APKBest view in Google Chrome only.
| Alhamdulillah atas berita ini
13 August 2013 | 8:10 PM | 0 comment-ss
Assalamualaikum salam aidilfitri ke-enam..Baru-baru ni ada sedikit family gathering sempena majlis kenduri tahlil arwah yang memang biasanya dijalankan setiap tahun semasa bulan Syawal. Dan untuk tahun ni kami buat pada hari Sabtu,raya ke-tiga. Masa tengah merewang potong-potong bawang,sayur ape semua.. Mak Teh bukak cerita berkaitan sesuatu yang buat aku dan mak mengalir airmata rindu bahagia :') Anak bongsu makteh cerita semasa dlm perjalanan mereka ke kuantan daripada dungun, anak dye cerita yang dye mimpikan arwah abah malam sebelum mereka bertolak ke kuantan.. Mukanya tenang,suci,putih tak boleh cakap putih yg macam mana, putih sangat2,baju jubah putih sangat2.. Senyuman dia sangat2 manis,xdapat nak gambarkan kemanisan tu.. Arwah masuk ikut pintu dapur,rumah batu,waktu tu kami semua sedang merewang.. Yang pasti,rumah tu bukan rumah kami duduki sekarang.. Arwah masuk dengan senyuman paling manis,dye datang peluk dan salam semua muhrimnya dan bila sampai pada kami sekeluarga dye peluk lama..sangat lama tanpa berkata apa-apa.. dan anak makteh suruh makteh tolong ceritakan pada kami semua sebab dye tak reti nak cerita mcm mane(anaknya sgt pendiam dan lembut,kecil lagi bawah 15 tahun) dan katanya dye ingin mimpi itu datang lagi :') Pada saat itu airmata mengalir tanda terharu,bahagia,gembira,bersyukur.. Terima kasih Ya Allah berikan kami satu petanda yang cukup menenangkan kami.. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Dan peninggalan arwah,pesanan yang cukup berharga untuk kami.. Solat 5 waktu, Solat Dhuha, Surah Al-Mulk kalau boleh praktikkan setiap hari dan hafal, insya-Allah terlepas seksaan kubur.. Mak juga ada jumpa beberapa potongan surah yang arwah sendiri rakam bacaan beliau di dalam handphone-nya.. Alhamdulillah kami ada pengubat rindu dengan mendengar suaranya menyanyikan kalimah agung.. Terima kasih sekali lagi atas ingatan para keluarga padanya yang xputus-putus merindukannya,dan mendoakannya.. Terima Kasih tidak terhingga ya Allah atas mengubat kerinduan kami dengan berita gembira ini :) ![]() |